You are currently browsing the monthly archive for April 2012.

Keturunan

Saidina Umar bin Abdul Aziz adalah seorang khalifah Islam daripada dinasti pemerintahan Khalifah Bani Umayyah.

Merujuk kepada salasilah, didapati keturunan beliau di sebelah bapa mempunyai kaitan dengan keturunan Rasulullah, iaitu menerusi Abd Manaf bin Qushai. Adapun di sebelah ibu mempunyai kaitan dengan Saidina Umar al-Khattab. Beliau merupakan cucu kepada Saidina Umar.

Pendidikan dan Keilmuan

Mendapat didikan agama sejak dari kecil lagi daripada datuk saudaranya iaitu Saidina Abdullah ibnu Umar al-Khattab, sahabat nabi yang merupakan ulama hadis.

Bapanya yang kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir menghantar beliau mendalami ilmu agama di Madinah bersama para ulama di sana. Antara gurunya adalah Ubaidillah bin Abdillah bin Atabah.

Beliau adalah seorang mujtahid, yang boleh mengeluarkan hukum menerusi al-Quran dan as-Sunnah setara dengan imam-imam mazhab.

Kezuhudan Umar Abdul Aziz, Kesederhanaan Nik Abdul Aziz; buku karangan Wan Ji Wan Husin ini memuatkan banyak kisah menarik tentang kezuhudan beliau. Juga sifat amanah beliau dalam kepimpinan.

Pemerintah Yang Adil Dan Zuhud

Adapun Putera kepada Khalifah Abdul Aziz dan Laila Ummu Ashim ini juga seorang khalifah Islam yang warak lagi zuhud.

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

  1. Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran.
  2. Merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal.
  3. Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah.
  4. Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Pembangunan Jasmani dan Rohani Rakyat

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjamaah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

825 Hari Mengenal Khalifah Umar

Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab, yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. 2 tahun 5 bulan adalah satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan.

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Kebanyakan daripada rakyat sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri.

Susuk tubuh pemimpin yang adil dan warak bernama Khalifah Umar Abdul Aziz ini wajar menjadi contoh kepada pemerintah zaman moden hari ini. Hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman.

Tempoh perkenalan yang terlalu singkat buat rakyatnya, yang disirami rahmat dan kasih sayang. Berkat dari seorang pemimpin yang sangat bertaqwa dan amanah dalam kepimpinan.

Satu rekod yang pastinya sukar diikuti oleh pemimpin yang lain, melainkan pemimpin yang benar-benar ikhlas dalam pentadiran dan pemerintahan.

Wallahu a’lam.

Rujukan:

  • Buku ‘Umar Abdul Aziz’ oleh Abdul Latip Talib
  • Tayibah.com

Peperangan Tabuk merupakan peperangan terakhir yang disertai Rasulullah. Ianya berlaku di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Suka untuk Tun Teja menyeru pembaca budiman meneladani baginda dalam setiap perkara, dan kali ini dalam skop yang lebih kecil iaitu kepimpinan baginda nabi dalam peperangan.

Tabuk menjadi saksi kepada runtuhnya keangkuhan Kaisar.

Ada tiga yang perlu sahabat sekalian ambil ihtimam melalui peperangan Tabuk, sebagaimana yang Tun Teja kongsikan dalam tulisan di bawah.

Satu.

Baginda nabi mengambil keputusan untuk menyerang Rom walaupun Madinah ketika itu dilanda kemarau yang teruk. Semua orang mengalami kesusahan hidup, kawasan tanaman kekeringan air dan binatang tunggangan berkurangan.

  •  Hal ini kerana baginda nabi berpendapat seandainya ditangguhkan atau diabaikan serangan terhadap Rom di dalam suasana yang meruncing ini, malah membiar pihak Rom menyerang Madinah, maka ini merupakan satu malapetaka yang mengancam dakwah Islam dan popularity tentera Islam.
  • Keputusan menyerang Rom di tempat mereka adalah bijak dan penuh hikmah hingga dengan itu pihak Rom tidak akan berniat untuk menyerang Madinah.

Dua.

Dalam satu-satu peperangan, baginda nabi pada kebiasannya merahsiakan pergerakan-pergerakan tenteranya. Tetapi kali ini Rasulullah memaklumkan kepada para sahabat supaya membuat persiapan untuk berperang sebaik sahaja membuat keputusan muktamad.

  • Hal ini kerana beliau berhadapan dengan suasana yang kritis ditambah pula dengan keadaan cuaca buruk yang melanda Madinah. Baginda menjelaskan keadaan sebenar kepada seluruh umat Islam, menyeru kepada jihad dan mempelawa mereka supaya berkorban dengan menginfaqkan harta benda mereka.
  • Akhirnya umat Islam mampu mebuat persiapan dan perkiraan yang bijak. Ramai pula dikalangan para sahabat yang berlumba-lumba membiayai peperangan ini.
  • Antaranya Saidina Uthman yang menyedekahkan 900 ekor unta dan seratus ekor kuda, selain dari wang. Adapun Abdul Rahman bin Auf telah membawa 200 Auqiyah perak sementara Saidina Abu Bakar membawa kesemua harta miliknya, manakala Saidina Umar membawa separuh dari hartanya.

Tiga.

Semasa di Tabuk, baginda nabi telah menerima permintaan pemerintah Ailah Yuhana (John) untuk berdamai. Beliau terus membayar jizyah. Sama halnya dengan penduduk Jirba’ dan Azruh, membawa jizyah kepada baginda.

  • Kemudian baginda nabi mengarahkan Saidina Khalid al-Walid mengepalai satu pasukan tentera berkuda seramai 420 orang untuk menghadapi penguasa Dawmah al-Jandal yang dikenali sebagai Akidar. Saidina Khalid al-Walid telah Berjaya mendapatkan Akidar lalu membawanya ke hadapan Rasulullah. Baginda menjamin keselamatannya dengan membuat pendamaian dengan beliau sebagai penguasa Dawmah al-jandal dengan pembayaran jizyah.
  • Baginda menerima pakai perjanjian Akidar ini bersama Yuhana berhubung permasalahan Dawmah al-jandal, Tabuk, Ailah dan Taima’.
  • Oleh itu semua kabilah yang dahulunya bertugas unntuk kepentingan Rom kini mengalih dan merubah sikap dengan member wala’ kepada pemerintahan Islam.
  • Hal ini menyebabkan sempadan dan daerah pemerintahan Islam semakin bertambah lebar hingga perbatasan islam terus bertemu langsung dengan kerajaan Rom.

Adapun Rom dan sekutuny apabila mendapat tahu mengenai kemaraan tentera Islam mereka mula berasa takut untuk bertembung. Oleh yang demikian mereka terpaksa mengelak dan berpecah kepada kelompok-kelompok di sepanjang perbatasan.

Berkat dari pertolongan dari Allah SWT, tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh Saidina al-Mustofa baginda nabi akhirnya membuahkan kejayaan buat Islam dalam menghadapi peperangan ini. Tentera Islam akhirnya bergerak pulang ke Madinah tanpa mengalami sebarang tentangan musuh.

Hakikatnya, peperangan ini telah memberi kesan yang mendalam ke atas pengaruh dan kekuatan umat Islam dan implikasinya terhadap seluruh Semenanjung Tanah Arab amnya.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam.

Wallahu ta’ala a’lam.

Rujukan: Kitab Rahiq al-Makhtum

Wahai UMAT QURAN!

‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan. Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang mampu menyapu kegelapan. Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan Bumi dengan Langit tidak patah atau terputus.

(1) Qum, Faanzir !

Image

Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan. Barisan dan kesatuan Umat. Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

(2) Worabbaka fakabbir

Besarkan Tuhanmu, di atas segala! Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya yang akan menimpa. Tiada harapan selain dan ke RidhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.

(3) Wathiabaka fathahhir!

Image

 

Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu! Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan. Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur dosa dan noda. Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini. Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusai menempuh tugas dan beban berat ini. Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati. Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.

(4) Warrujza fahjur !

Image

Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat! Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah riwayatmu. Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi. Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu dan maksiat dan mungkarat dan dosa dan noda. Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat dan mungkarat telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah program perjuanganmu. A1-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.

(5) Wala tumnun tastakthir’

Image

Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak! Jalankan tugas ini tanpa mengharapran balasan dan ganjaran dan manusia ramai. Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan  dan pujian, keuntungan benda dan material. Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan, pegangan? Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?

Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

(6) Walirabbika fasybir !

Image

 

Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar! Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala kesabaran dan ketahanan. Sabar menerima musyibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah.  Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang dengan kegiatan dan pengorbanan  yang diberikan. Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat kejayaan sejati dan kemenangan hakiki. Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.

 

Haza dzikrun!

 

Inilah enam peringatan dan enam arahan!

 

Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru.

 

Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?

 

Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.

 

Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

Sumber :pengelanatimur.wordpress.com


Image
 
Ilmu mengikut takrif (definisi) Islam ialah pengetahuan dan maklumat secara menyeluruh termasuk perkara ghaibiyyat (perkara yang ghaib). Mengikut takrif masyarakat Barat pula, ilmu hanyalah maklumat yang dapat dikesan oleh pancaindera. Ilmu wahyu yang berkaitan dengan perkara ghaib dianggap bukan ilmu.

Manakala hikmah pula ialah meletakkan sesuatu perkara dengan cara yang betul dan baik.

Ilmu dan hikmah adalah hasil akal, satu kurniaan Allah kepada manusia, ia membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Allah SWT menciptakan sebagai makhluk yang berakal. Allah menyifatkan mereka dengan beberapa ungkapan yang menarik, dengan lafaz Ulil Albab, Ulil Absor dan lain-lain.

Antara perkara penting yang mesti dilakukan oleh akal ialah mencari ilmu. Hikmah dan ilmu dicapai sama melalui kurniaan Tuhan, secara langsung atau secara belajar, atau hasil dari beramal dengan ilmu, juga kajian dan pengalaman.

 
Nas-nas al-Quran dan al-Hadis telah memberi penekanan dalam perkara ini, Allah SWT telah mengesahkan tentang kurniaan ilmu kepada Nabi Daud a.s iaitu Rasul yang dipilih untuk memimpin kerajaan yang menjadi contoh Hadharah Islamiyyah sebagaimana firman Allah menerusi ayat 251 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Dan Allah mengurniakan kepadanya (nabi Daud) pemerintahan (kerajaan), hikmah (kebajikan) dan mengajarnya (diberi ilmu) daripada apa yang dikehendaki-Nya.”

Firmany-Nya lagi menceritakan tentang Nabi Daud dan puteranya Sulaiman a.s: “Dan kepada masing-masing Kami kurniakan hikmah dan ilmu.” Ayat 79 surah al-Anbiya.

Allah SWT juga menentukan ayat-ayat yang pertama diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w adalah berhubung dengan ilmu. Firman Allah yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),(1) Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya(5).” – Surah al-Alaq dari ayat 1 hingga 5

Setelah dinyatakan prinsip ilmu, akidah dan akhlak, Allah berfirman kepada rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Perintah yang demikian itu ialah sebahagian daripada hikmah yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah).” – Ayat 39 surah al-Isra’.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:”Hikmah itu laksana barang tercicir kepunyaan orang beriman, maka dialah yang berhak mengambilnya.” – Hadis riwayat Imam at-Tarmizi dan Ibnu Majah.

 
 
Image
 
Al-Quran adalah mukjizat dalam bentuk ilmu yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Ia adalah mukjizat yang berterusan sehingga hari kiamat. Ia juga mencakupi di dalamnya segala perkara, termasuk perkara yang boleh dikesan oleh akal dan pancaindera manusia, yang mampu dikaji oleh mereka dari masa ke semasa, dan ada perkara yang tidak mungkin dicapai oleh akal dan pancaindera.

Ia adalah sebahagian daripada ilmu Allah SWT yang tidak terhingga dan terbatas luar daripada kemampuan manusia untuk mengkaji dan memahaminya. Al-Quran adalah petunjuk dalam perkara yang telah diketahui oleh mereka. Petunjuk al-Quran adalah penuh dengan hikmah yang tepat dan betul.

Mengikut ajaran Islam, semua ilmu adalah berasaskan peranan manusia yang telah ditetapkan oleh Allah. Oleh kerana itu, Islam tidak sama sekali memisahkan antara urusan rohani dan jasmani, dunia dan akhirat.

Semua sudut penghidupan hendaklah berjalan serentak. Ini disebabkan perjalanan hidup manusia memerlukan makanan rohani dan jasmani. Dunia berfungsi sebagai jambatan menuju akhirat, sama ada menuju ke syurga atau neraka.

Kemampuan manusia adalah terhad, mereka memerlukan pertolongan Allah termasuk dalam urusan dunia, sistem pendidikan, dan pelajaran yang mengendalikan segala pengajian hendaklah memenuhi prinsip, objektif dan matlamat pendidikan Islam dengan acuannya yang tersendiri, iaitu membangunkan manusia dengan iman, ilmu dan akhlak seperti yang disebut oleh Jibril a.s ketika menyoal Rasulullah s.a.w dalam hadis yang kedua menerusi hadis 40 Imam an-Nawawi, di mana hadis itu menjurus kepada persoalan Jibril kepada Rasulullah s.a.w mengenai Islam, Iman, Ihsan dan tanda-tanda kiamat. Baginda s.a.w telah menjawab satu persatu persoalan yang dikemukakan kepadanya.

Setelah selesai pertanyaan Jibril itu, beliau pun beredar, maka baginda s.a.w memanggil Sayidina Umar bin al-Khattab dan bertanya kepadanya, apakah beliau mengenali orang yang bertanya itu, jawab Umar:” Tidak wahai Rasulullah! Allah dan Rasul-Nya sahaja yang mengetahui.”

Jawab Nabi s.a.w itulah dia Malaikat Jibril. Dia datang kepada kamu semua untuk mengajar kamu berkenaan agama kamu.”

Inilah acuan yang telah melahirkan Hadharah Islamiyyah yang berjaya, tetapi acuan ini telah ditinggalkan. Pada zaman ini telah berlaku perkara yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. Negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak dahulunya adalah kawasan pengembalaan kambing, begitu juga di daerah lain di dunia ini termasuklah Malaysia.

Kini manusia berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi oleh kalangan hartawan jadian untuk menunjuk-nunjuk kemewahan di tengah-tengah lautan manusia yang hidup terbiar dibelenggu kemiskinan dan kemelaratan.

Dinukil daripada buku ‘Hadharah Islamiyyah, bukan Islam Hadhari’ tulisan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, muka surat 115-121, terbitan Nufair Street, 2005.

Image

Dr Yusuf Al-Qaradhawi adalah tokoh agama, intelektual Islam terkemuka dan ulama yang sangat terkenal di dunia yang berasal dari Mesir. Karya-karyanya banyak menjadi rujukan ulama di seluruh dunia karena reputasi ilmiahnya mampu memecahkan persoalan umat  sesuai dengan tuntunan Alquran dan hadits. Nama lengkapnya adalah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Sedangkan al-Qaradhawi merupakan nama keluarga yang diambil dari nama daerah tempat mereka berasal, yakni al-Qardhah. Pemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh cendekiawan muslim Hasan Al Banna.

 

Yusuf Qaradhawi lahir di desa kecil di Mesir bernama Shafth Turaab di tengah Delta pada 9 September 1926. Usia 10 tahun, ia sudah hafal al-Qur’an. Menamatkan pendidikan di Ma’had Tanta dan Ma’had Tsanawi, Qaradhawi terus melanjutkan ke Universiti al-Azhar, Fakulti Ushuluddin. Dan lulus tahun 1952. Hingga menyelesaikan affairs doktor pada tahun 1973. Untuk meraih gelar doktor di Universiti al-Azhar, Kaherah, ia menulis tesis berjudul “Zakat dan Pengaruhnya dalam Mengatasi Masalah Sosial”.

 

Tesis ini telah dibukukan dan diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa, termasuk dalam edisi bahasa Indonesia. Sebuah buku yang sangat konprehensif membahas persoalan zakat dengan nuansa modern. Tapi gelaran doktornya baru dia peroleh pada tahun 1972 dengan disertasi “Zakat dan Impaknya Dalam Pengurusan Kemiskinan”, yang kemudian di sempurnakan menjadi Fiqh Zakat. Sebuah buku yang sangat konprehensif membahas persoalan zakat.

 

Antara sebab keterlambatannya untuk mendapat gelaran doktor ialah dia  meninggalkan Mesir akibat kejamnya rejim yang berkuasa saat itu. Ia terpaksa menuju Qatar pada tahun 1961 dan di sana sempat mendirikan Fakulti Syariah di Universitas Qatar. Pada saat yang sama, ia juga mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi. Ia mendapat kewarganegaraan Qatar dan menjadikan Doha sebagai tempat tinggalnya.

 

Selain itu, pada tahun 1957, Yusuf al-Qaradhawi juga menyempatkan diri memasuki Institut Pembahasan dan Pengkajian Arab Tinggi dengan meraih authority tinggi bahasa dan sastra Arab.Dalam perjalanan hidupnya, Qaradhawi pernah mengenyam “pendidikan” penjara sejak dari mudanya. Saat Mesir dipegang Raja Faruk, dia dipenjara pada tahun 1949, saat umurnya masih 23 tahun, karena keterlibatannya dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin. Pada April tahun 1956, ia ditangkap lagi saat terjadi Revolusi Juni di Mesir. Bulan Oktober menyaksikan kembalinya ia mendekam di penjara militer selama dua tahun.

 

Qaradhawi terkenal dengan khutbah-khutbahnya yang berani sehingga sempat dilarang sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalik. Alasannya, khutbah-khutbahnya dinilai sebagai pendapat umum tentang ketidakadilan rejim saat itu.

 

Qaradhawi memiliki tujuh anak. Empat perempuan dan tiga lelaki. Sebagai seorang ulama yang sangat terbuka, dia membebaskan anak-anaknya untuk menuntut ilmu apa saja sesuai dengan minat dan bakat serta kecenderungan masing-masing. Dan hebatnya lagi, dia tidak membezakan pendidikan yang harus ditempuh anak-anak perempuannya dan anak lelakinya. Salah seorang anak perempuannya memperoleh gelar doktor fizik dalam bidang nuklear. Puteri keduanya memperoleh gelar doktor dalam bidang kimia juga dari Eropah, sedangkan yang ketiga masih menempuh S3. Adapun yang keempat telah menyelesaikan pendidikan S1-nya di Universiti Texas Amerika.

 

Anak lelaki yang pertama menempuh S3 dalam bidang teknik elektro di Amerika, yang kedua belajar di Universiti Darul Ulum Mesir. Sedangkan yang bungsu telah menyelesaikan kuliahnya pada fakulti teknik jurusan listrik. Dilihat dari beragamnya pendidikan anak-anaknya, kita dapat membaca sikap dan pandangan Qaradhawi terhadap pendidikan moden. Daripada tujuh anaknya, hanya satu yang belajar di Universiti Darul Ulum Mesir dan mempelajari pendidikan agama. Sedangkan yang lainnya, mengambil pendidikan umum dan semuanya di luar negeri. Sebabnya ialah, kerana Qaradhawi merupakan seorang ulama yang menolak pembahagian ilmu secara asing . Semua ilmu islami dan tidak islami, tergantung kepada orang yang memandang dan mempergunakannya. Pemisahan ilmu secara asing itu, menurut Qaradhawi, telah menghambat kemajuan umat Islam.

 

Yusuf Qaradhawi dikenal sebagai ulama dan pemikir islam yang unik sekaligus istimewa, keunikan dan keistimewaanya itu tak lain dan tak bukan ia memiliki cara atau metodologi khas dalam menyampaikan risalah islam, lantaran metodologinya itulah dia mudah diterima di kalangan dunia barat sebagai seorang pemikir yang selalu menampilkan islam secara ramah, santun, dan moderat, kapasitinya itulah yang membuat Qaradhawi kerap kali menghadiri pertemuan internasional para pemuka agama di Eropa maupun di Amerika sebagai wakil dari kelompok islam.

Dalam lentera pemikiran dan dakwah islam, fikrah Yusuf Qardhowi menempati posisi asas dalam pergerakan islam kontemporari, waktu yang dihabiskannya untuk berkhidmat kepada Islam, berceramah, menyampaikan masalah masalah sosiall dan keislaman di berbagai tempat dan negara menjadikan pengaruh ulama’ yang sederhana yang pernah dipenjara oleh pemerintah mesir ini sangat besar di berbagai belahan dunia, khususnya dalam pergerakan Islam kontemporari melalui karya karyanya yang mengilhami kebangkitan islam moden.

Image

 

Sekitar 125 buku yang telah beliau tulis dalam berbagai demensi keislaman, sedikitnya ada 13 aspek kategori dalam karya karya Qaradhawi, seperti masalah masalah : fiqh dan ushul fiqh, ekonomi islam, Ulum Al Quran dan As sunnah, akidah dan filsafat, fiqh prilaku, dakwah dan tarbiyah, gerakan dan kebangkitan islam, penyatuan pemikiran islam, pengetahuan islam umum, consecutive tokoh tokoh islam, sastera dan lainnya. sebagian dari karyanya itu telah diterjemahkan ke berbagai bahasa termasuk bahasa Indonesia, tercatat, sedikitnya 55 judul buku Qaradhawi yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa indonesia.

 

Selain tugas utamanya sebagai pengajar dan da’i, ia aktif pula dalam berbagai kegiatan sosial untuk membantu saudara-saudaranya, umat Islam, di berbagai belahan dunia.

 

Image

 

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu sang Imam bertanya:

1. “Apa yang PALING DEKAT dengan diri kita di dunia ini ?”.

Murid-muridnya menjawab: “Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya”.

Imam Ghazali menjelaskan, “Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”.

Sebab itu memang janji Allah SWT bahwa dalam Surah Ali ‘Imran ayat 185

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”.

Maut bisa datang menjemputmu sewaktu-waktu tanpa kita tahu, dimanapun kamu bersembunyi, maut tetap akan datang menghampirimu tanpa kamu tahu kapan itu terjadi. Tapi ingat pula sabda Rasulullah saw :“Janganlah kamu takut mati karena pasti terjadi, janganlah kamu minta mati datang kepadamu dan janganlah kamu berbuat yang mendekatkan dirimu dengan mati”.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang kedua

 

2. “Apa yang PALING JAUH dari diri kita di dunia ini ?”.

Murid-muridnya menjawab: “Negeri Cina, bulan, matahari dan bintang-gemintang”.

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban itu benar. Tapi yang paling benar adalah “MASA LALU”.

Walau dengan cara apapun kita tidak pernah akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kamu harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang menjadi lebih baik dari hari sebelumnya dan isi dengan beribadah kepada Allah SWT dan berbuatlah baik kepada sesama manusia agar kamu selamat.

 

3. “Apa yang PALING BESAR di dunia ini ?”.

Murid-muridnya menjawab: “Gunung, bumi, matahari”.

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban itu benar. Tapi yang paling benar adalah “NAFSU”

Firman Allah SWT dalam Surah Al A’raf ayat 179,

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi”.

Kemarahan, penzinaan, pencurian, perkelahian, peperangan dan pembunuhan, semua dimulai dari “nafsu” yang tidak terkendali. Oleh karena itu berhat-hatilah dengan nafsumu, jangan sampai nafsu membawa kamu ke neraka.

 

4. “Apa yang PALING BERAT di dunia ini ?”

Murid-muridnya menjawab: “Besi, gajah”.

Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling berat adalah “MEMEGANG AMANAH”

Firman Alloh SWT dalam surah Al Ahzab:72.

”Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah tsb, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.”

Memegang amanah itu berat, dan siapa yang berkhianat dan tidak memegang amanah, ialah orang munafik.

 

5. “Apa yang PALING RINGAN di dunia ?”

Ada yang menjawab: “Kapas, angin, debu dan dedaunan”.

Semua itu benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah“MENINGGALKAN SHALAT”.

Gara-gara cinta kepada lawan jenis, cinta kepada dunia (kekayaan), keluarga, pekerjaan kamu dengan ringan meninggalkan sholat, gara-gara bermusyawarah kamu dengan ringan meninggalkan solat.

 

6. “Apakah yang PALING TAJAM di dunia ?”.

Murid-muridnya menjawab serentak: “Pedang !”.

Imam Ghazali membenarkan, tapi yang paling tajam adalah “LIDAH MANUSIA”.

Karena melalui lidahnya, manusia bisa melukai dan menyakiti hati saudara dan tetangganya sendiri. Luka akibat pedang masih dapat diubati, tapi luka kerena lidah ke mana ubat akan dicari.


Image

Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah ( HAMKA).

Tokoh dari tanah seberang ini sengaja dipilih untuk disisipkan dalam koleksi ini kerana Almarhum Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah atau dikenali sebagai Prof. Dr Hamka adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat adat perpatih di Negeri Sembilan. Setiap orang di negara ini yang pernah melihat dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh ini pastinya merasai kerinduan yang mendalam terhadap nastolgia lampau. Penyusun sendiri tanpa sedar boleh menitiskan airmata apabila tokoh ‘idola’ ini tersedu dalam ceramah dakwahnya di kaca TV kira-kira awal tahun 1970an dahulu. Gayanya yang tersendiri dalam berdakwah amat memukau sekali bagai magnet yang boleh menyentuh hati setiap insan yang mendengar.

Latar Belakang Ulama                                  

Pak Hamka atau Buya Hamka adalah nama istimewa yang mempunyai nilai tersendiri di persada perkembangan Islam dan dunia kesusasteraan nusantara. Hamka dari singkatan nama Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim. Almarhum dilahirkan di Kampung Tanah Sirah ( ada riwayat lain mengatakan di Kampung Molek), Negeri Sungai Batang Maninjau, Minangkabau pada 14 Muharram 1326H bersamaan 17 Febuari 1908. Bapanya Haji Abdul Karim Amrullah adalah ulama terkenal Minangkabau yang tersohor dan dianggap pula pembawa reformasi Islam ( kaum muda). Menariknya pula, datuk beliau adalah ulama tarekat yang bersuluk terkenal. Tuan Kisa-i ( datuk Hamka) tetap mengamal Thariqat Naqsyabandiyah, istiqamah mengikut Mazhab Syafie. Pemahaman Islam Tuan Kisa-i sama dengan pegangan ‘Kaum Tua’, tetapi pada zaman beliau istilah ‘Kaum Tua’ dan ‘Kaum Muda’ belum tersebar luas. Anak beliau, Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah, adalah seorang pelopor dan termasuk tokoh besar dalam perjuangan ‘Kaum Muda’. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah menolak amalan Thariqat Naqsyabandiyah, sekali gus menolak ikatan ‘taqlid’, tetapi lebih cenderung kepada pemikiran Syeikh Muhammad Abduh. Manakala ibunya pula bernama Siti Safiyah Binti Gelanggar yang bergelar Bagindo nan Batuah.

Menurut sejarahnya, bapa beliau pernah dibuang daerah oleh penjajah Belanda ke Sukabumi dalam tahun 1941 lantaran fatwa beliau yang dianggap membahayakan penjajah dan keselamatan umum. Haji Abdul Karim adalah tuan guru kepada Sheikh Haji Ahmad Jelebu yang riwayat hidupnya turut disajikan dalam koleksi ini. Beliau meninggal dunia pada 21 Jun 1945.

Pendidikan

Hamka mendapat pendidikan awal agama dari Madrasah Tawalib yang didirikan oleh bapanya. Masa kecilnya, seperti kanak-kanak lain beliau juga dikatakan lasak dan nakal. Ini diceritakan sendiri oleh Sheikh Haji Ahmad Jelebu bahawa Hamka pernah menyimbah air kepada penuntut lain semasa mengambil wuduk. Selepas itu beliau berguru pula kepada Sheikh Ibrahim Musa di Bukit Tinggi. Dalam tahun 1924, Hamka berhijrah ke Jawa sempat menuntut pula kepada pemimpin gerakan Islam Indonesia seperti Haji Omar Said Chakraminoto. Lain-lain gurunya ialah Haji Fakharudin, Ki Bagus, Hadi Kesumo dan iparnya sendiri Rashid Sultan Mansur.

Kerjaya Hidup

Hamka telah menyertai Gerakan Muhamadiah dan menerajui kepimpinan pertubuhan itu di Padang Panjang tahun 1928. Hamka bergiat aktif bagi menentang gejala khurafat, bidaah dan kebatinan sesat di sana. Beliau menubuhkan Madrasah Mubalighin pada 1929 dan dua berikutnya, Pak Hamka berpindah pula ke Kota Makasar, Sulawesi untuk menjadi pimpinan Muhamadiah.

Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya sebagai pensyarah dalam bidang agama dan falsafah. Antara universitiitu ialah Universiti Islam Jakarta, Universiti Mohamadiah Sumatera Barat, Universiti Islam Pemerintah di Jogjakarta dan Universiti Islam Makasar. Bagi mengiktiraf keilmuannya, Universiti Al Azhar, Mesir telah menganugerahkan Doktor Kehormat dalam tahun 1958 dan beliau turut menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7 Jun 1974.

Novel-novel dan kitab-kitab

Keistimewaan Pak Hamka ialah kebolehannya menulis novel dan menghasilkan kitab-kitab agama yang terkenal.Beliau menyampaikan ilmu dan pemikiran beliau dalam bentuk penulisan dan ceramah-ceramah.Berikut ialah beberapa buah buku karangan tersebut:

a. Novel

Tenggelamnya Kapal Vanderwick
Dalam Lembah kehidupan
Di Bawah Lindungan Kaabah
Kenangan Hidup
Merantau Ke Deli
Ayahku
Laila Majnun
Siti Sabariah

b. Kitab Agama dan Falsafah

Tafsir Al Azhar ( 30 Juz)
Khatib Ul Ummah ( 1925)
Tarikh Abu Bakar As Sidiq
Ringkasan Tarikh Umat Islam
Islam dan Adat Minangkabau
Tasawuf Moden
Falsafah Hidup
Lembaga Hidup
Lembaga Budi

c. Majalah

Kemahuan Zaman ( 1929)
Al Mahdi ( 1933)
Pendoman Masyarakat ( 1936 – 1942)
Semangat Islam ( 1944- 1948)
Menara ( 1946-1948)
Panji Masyarakat ( 1959)

Sememangnya seorang ulama’ itu amat diperlukan dalam sesebuah generasi dalam memandu masyarakat ke arah kefahaman Islam yang sempurna.Mereka mengajar kita untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, menjalankan kehidupan dengan nilai-nilai murni Islam dan seterusnya mengingatkan kita agar tidak terbabas daripada garis panduan syarak.Tanpa mereka, masyarakat akan tersasar jauh daripada landasan agama itu sendiri.

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda :

 

إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِباَدِ، وَلَكِنْ بِقَبْضِ الْعُلَماَءِ. حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عاَلِماً اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْساً جُهَّالاً فَسُأِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” [HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673]

 

Image

Hakikat Syukur

Kesyukuran yang hakiki didirikan di atas lima asas utama. siapa mengamalkannya serta menghayatinya maka dia adalah seorang yang benar-benar bersyukur iaitu;

1. Merendahkan diri terhadap yang disyukuri iaitu Allah swt, kerana orang yang bersyukur tidak akan sombong, tidak akan takabbur samada kepada Allah swt atau sesama manusia.

2. Rasa cinta terhadap Pemberi Nikmat iaitu Allah swt, kerana rasa bersyukur itu tidak akan timbul pada diri seseorang yang tidak suka, benci terhadap orang lain, lebih-lebih lagi kepada Allah swt.

3. Mengakui seluruh nikmat yang Dia berikan. Tanpa pengiktirafan terhadap jasa, kebaikan nikmat yang diberikan bagaimana rasa syukur akan timbul dalam diri seseorang apabila merasakan apa yang dimilki adalah dari dirinya sendiri, tanpa bantuan orang lain.

4. Senantiasa memuji-Nya atas nikmat yang diberikan kerana gembiranya, penghargaannya, pengiktirafannya terhadap nikmat yang diberikan.

5. Tidak menggunakan nikmat untuk sesuatu yang dibenci oleh Allah kerana ia akan mengundang kemarahan, kebencian orang yang memberi nikmat, dan tindakan tersebut menunjukkan sikap biadap, tidak menghormati serta tidak mengenang jasa.

Image

“Hidup ini tumpang menumpang… di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita.. alangkah kerdilnya kita di bumi Allah SWT… maka siapakah kita untuk menolak agama Allah…?”

Di antara petikan mutiara kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Image

Salam Kamunting,

Kalau dia masih hidup, maka umurnya sekarang 101 tahun. Tua sangat. Tapi dia sudah pun kembali kepada tuhannya hampir 60 tahun lepas. Jasadnya.Adapun namanya, jika dunia ini masih bertahan 1000 tahun lagi, maka ia pasti kekal 1001 tahun lagi.

Dia pencinta RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam, maka baginda pasti mencintainya juga. Justeru dia hampir memperolehi semua apa yang diperolehi baginda, kecuali nubuwwah ( kenabian ). Namanya dijulang setinggi – tingginya oleh para pencintanya di dunia. Apabila para malaikat turut mencintainya, maka sampailah namanya penuh gilang gemilang di lapis langit ke tujuh, di singgahsana pertemuan dua kekasih sebenar di malam mikraj itu.

Al Imam Hasan Al Banna meninggal dunia dalam usianya 43 tahun. Muda terlalu muda untuk meninggalkan pengikutnya yang terlalu menyayanginya. Ramai meratapi kematiannya. Di sebalik jeriji besi pemerintah kusi besi di zaman itu dan juga di luarnya. Dia ditembak mati agar dia mati selama – lamanya. Tetapi malang sekali, suaranya tak mati. Suaranya terus bergema menerawang menghantui kezaliman duniawi sambil menggamit cahaya kebenaran sehingga kini. 

Beliau adalah mujaddid. beliau adalah seribu ulama. Kerana itu, beliau pergi dengan seribu ulama menggantikan tempatnya menyebarkan apa yang dikehendaki Allah untuk agamaNya.

Tajdid adalah sunnah yang pasti untuk agama Islam. Agama ini mesti kekal secantik dan seasli ia cantik dan asli di tangan RasuluLlah dahulu. Tiada lagi jalan, tiada lagi tali dan tiada lagi ugama selepasnya buat manusia mengenal dan menyembah tuhannya.

Sepanjang zaman, umat Muhammad sentiasa sahaja ditemani perjalanan mereka dengan para mujaddidin yang dihantar Allah untuk memperbaharui fikiran, iman dan amal mereka pada agama mereka. Khalifah Umar bin Abdul Aziz memulakanya. Kemudian berderetanlah nama – nama ulama agung dalam sejarah umat ini.

Kita mengenali mereka pada sirah perjalanan dan pengajaran mereka. Untuk Al Imam Hasan Al Banna, kita turut mengenal wajahnya pada keasliannya. Lihatlah wajahnya, Allah melakarkan keindahan hebat yang terlukis dan terukir dalam seri wajahnya itu.

Beliau dikeluarkan untuk umat yang sedang tewas kepada kekufuran yang melanda dunia Islam secara total. Beliau menubuhkan Al Ikhwan Al Muslimin di Mesir sebaik sahaja benteng terakhir Islam, kerajaan khilafah di Turki runtuh berkecai. Saat itu, umat tersadai dalam bahtera karam dihempas gelora jahiliyah abad 20 yang mengganas seganasnya. Umat Islam sedang merentas laluan yang belum pernah dilalui sebelumnya.

Kita namakannya sebagai syumuliyyatul Islam ( Islam yang syumul ). Itulah tajdid Al Imam. Musuh menembak Islam bertalu – talu. Islam berkecai dalam kepingan – kepingan yang akhirnya hanyut dan terpisah – pisah dibedal arus ganas. Umat yang kelemasan bergayut pada kepingan mana yang mampu digapai. Sesetengahnya terus lemas ditelan badai.

Dalam tempoh yang sukar, mereka hidup di atas bahagian – bahagian yang terpisah itu. Dalam kepompong itu mereka hidup. Itulah Islam yang mereka fahami. Jika itu, tiada yang melanda kecuali perasaan putus asa, kekecewaan dan ketewasan menghadapi kehidupan.

 

Image

 

Al Imam Hasan Al Banna datang membawa bahtera baru. Naiklah, inilah Islam yang syumul. Inilah bahtera kekuatan dan kemenangan yang dinantikan.

Dakwah dan seruannya itu cukup untuk cukup merimaskan jentera kekufuran. Kerana itu, dalam tempoh yang segera, beliau dihapuskan. Pembunuhnya bukan sembarangan. Pembunuhnya adalah pakatan kekufuran sedunia.

Biarkan pembunuh itu membunuh. Mati adalah kesudahan semua. Lunaknya, bagi pejuang Islam, kematian itulah kehidupan yang diimpikan. Al Imam telah mengecapinya. Kita sedang mengimpikannya.

Itulah catatan sekadar melepas rasa cinta. Kita para pejuang Islam hampir – hampir tidak mampu untuk melepas diri daripada legacy beliau. Kita terlalu mencintainya kerana kita tahu dia terlalu mencintai Allah dan Allah pasti mencintainya. Hasan Al Banna, dia mengajar kita mencintai Allah. 

Tuhan kami, kami menagih cintaMu. Biarkan dan lepaskan kami dalam ketagihan..

Ustaz Nik Abduh Julai 2007

Image

Kitab Allah yang bernama Al-Quran, turunnya adalah yang terakhir  di muka bumi. Menjadi mukjizat agung juga bawaan Nabi Terakhir Muhammad S.A.W. Mempunyai berbagai bentuk bacaan yang dinamakan qiraat. Dibaca satu huruf pahalanya sepuluh. Mengandungi segala panduan untuk kehidupan manusia.

Ia diturunkan Allah, Sang pencipta Yang Maha Mengetahui keadaan hambanya. Segala yang diwahyukan kepada nabi itu amat sesuai dengan sifat manusia.Segala hukum didalamnya sangat adil buat mereka. Cuma manusia yang tidak nampak, buta, leka, tuli…. Allah tidak akan berikan kepada hambanya sesuatu yang tidak memberikan kebaikan pada manusia.

Sedihnya ada yang menganggap Al-Quran hanya untuk dibaca, tidak lebih dari itu. Walhal membacanya adalah baru langkah mula. Langkah terakhir adalah mengamalkan apa yang terkandung dalam kehidupan, menjadi satu cara hidup, perlembagaan hidup manusia yang sebenarnya. Barulah hidup manusia akan aman di dunia dan akhirat.

Sabda nabi telah diungkap bahawa : “Aku tinggalkan ppadamu wahai umatku dua perkara , Jika kamu berpegang pada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Kitab Allah dan Sunnahku”

Bagaimana pula dengan perlembagaan kebanyakan negara yang ada sekarang? Itulah perlembagaan manusia yang maha lemah, ada banyak kecacatan, banyak ketidakadilan. Bagaimana mahu adil sedangkan manusia itu sendiri bersifat lemah. Orang lemah sudah tentu menghasilkan sesuatu yang lemah. Jadi perlembagaan negara yang dicipta manusia itu adalah lemah.

Ya, memang dalam perlembagaan kebanyakkan  negara ada diperuntukan untuk al-Quran dan Sunnah tetapi ianya pada kedudukan cabang atau ranting. Akarnya adalah perlembagaan lain, perlembagaan yang lemah, akarnya tidak kuat, mudah tumbang dipukul angin. Yang dimahukan adalah Al-Quran itu sebagai akar, natijahnya: batang, dahan,ranting, daun dan buahnya juga ada intipati Al-Quran. Barulah kita namakan ianya dengan pokok islam. Bukan pokok sekular yang hanya ada satu bahagian dahannya ditumpangi Al-Quran. Itu penumpang namanya, bila-bila masa boleh dicantas.

Selagi perlembagaan manusia ini tidak ditebang dan ditanam semula dengan benih baru yang boleh menghasilkan pokok Islam, selagi itulah dunia ini berkecamuk dengan segala macam kekacauan. Kemanan akan terkecapi bila bernaung di bawah pokok islam yang rimbun dedaunnya, segar udaranya.

Teringat saya akan seorang tokoh yang menggunakan Al-Quran dalam sistem kehakiman di negaranya satu ketika dahulu.Beliau adalah As-Syahid Abdul Kadir Audah.

Pejuang Al-Quran dalam Kehakiman

Image

Al-Ustaz Abdul Qadir Audah ( al-marhum) adalah seorang putera Mesir yang hidupnya sangat sederhana, tidak suka hidup mewah dan hatinya sangat bersih, semasa mudanya, hati dan peribadinya amat anti terhadap segala kemungkaran dan kemaksiatan.Beliau dilahirkan pada tahun 1906.

Pada tahun 1930 M beliau menjadi graduan dari kulliyah huquq (fakulti Hukum) dan beliulah satu satunya lulusan fakulti tersebut yang langsung dilantik sebagai anggota parlimen dan merangkap sebagai hakim di jabatan kehakiman Mesir.
Perhatiannya kepada bidang hukum lebih besar,malah beliau meletakkan hukum Islam di atas hukum-hukum yang lain. Oleh kerana itu walaupun ia sebagai anggota parlimen, namun waktunya selalu dipergunakan untuk mendamaikan segala persengketaan yang berlaku ketika itu.
Di dalam parlimen ia bertemu dengan Al-Ustaz Hasan Al-Banna yang juga menjadi anggota parlimen, pemikiran dan pendapat selalu mempunyai persamaan, iaitu dauliyyah islamyyah menjadi asas perjuangan mereka berdua.
Kemudian ada usaha-usaha dari pemerintahan Sa’ad Zaghlul yang dibantu oleh inggeris untuk menjatuhkan Hasan Al-Banna, bahkan usaha ia tidak terpilih lagi sebagai anggota parlimen. Maka dengan diam-diam Abdul Qadir Audah pergi bersendirian ke wilayah Ismailiyyah, disana ia berpidato dengan penuh semangat merengsang semula roh rakyat supaua mereka dapat memberi sokongan dalam pemilihan umum dengan bebas, dan ia bersedia memberikan pembelaan dan perlindungan dari segala pihak yang mengganggunya, sekalipun datangnya dari pihak pemerintah sendiri.
Sebagai Hakim, Abdul Qadir Audah terkenal sebagai orang yang berani dalam menegak kebenaran dan kemited terhadap segala perkataan dan perbuatan, maka pada suatu ketika pernah diajukan kepadanya perkara yang berkaitan dengan Ikhwan Muslimin dengan pihak pemerintah, dengan tegas ia menyatakan, memutuskan bahawa sekatan-sekatan yang dikenakan terhadap Ikhwan Kuslimin adalah salah yang tidak berdasarkan undang undang negara.
Pada tahun 1951 ia diminta oleh warga Ikhwan Muslimin supaya memusatkan perhatiannya kepada dakwah Islam dan membantu Hasan Al-Banna dalam pegerakan Ikhwan Muslimin, permintaan itu diterima oleh abdul Qadir. Semua jawatan dalam kerajaan dilepaskan, kemudian dimulainya dengan mendirikan perpustakaan yang berorientasikan bidang perundangan atau hukum.
Maka tidak lama kemudian bintangnya terserlah sehinga mengalahkan sarjana-sarjana perundangan yang lain. Di masa pemerintahan Presiden Najib ia dilantik sebagai anggota Perancang Undang-Undang Nasaional Mesir, maka dengan penuh ketekunan ia berusaha untuk menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan negara,
Tahun 1953 pemerintah Libya memberi kepercayaan kepadanya untuk menggubal undang-undang dan perlembagaan negara Libya berdasarkan nas-nas Al-Quran. Tahun 1954 dengan kuasa pemerintah Gamal Abdul Nasir Mujahid terkenal ini dihukum gantung, kerana gerakan perjuangannya tidak kenal erti takut dalam menegakkan hukum Allah, hukum Al-Quran sebagai satu-satunya hukum yang kekal abadi.
Kekejaman Jamal Abdul Nasir diterimanya dengan lapang dada dan bertawakkal. Maka sewaktu keluar dari penjara untuk ke tali gantung, kelihatan wajahnya berseri -seri tanda keikhlasan, sebelum menjejakkan kaki ke tiang pergantungan ia masih sempat meluahkan kata2 kepada sidang hadirin yang menyaksikan peristiwa kejam dan terkutuk itu dengan suntikan semangat perjuangan yang berterusan walaupun ianya sudah tiada. dalam untaian kata-kata yang terakhir itu ia menyatakan:
“Darahku akan melaknat tuan-tuan, sedikitpun aku tidak ragu dan tidak bimbang, apakah aku mati di tempat tidur, ataukah aku mati di medan perang, aku mati di tahanan ataukah aku mati dalam kebebasan, sebab aku akan bertemu dengan Tuhanku.”
Mudahan roh beliau ditempatkan ditempat yang layak, amalnya diterima Allah, sejarah perjuangannya dapat membangkitkan semangat mujahidin ” diantara orang2 mukmin, ada sekelompok manusia yang benar2 telah berjanji kepada Allah untuk berjuang, diantaranya ada yang telah kembali ke Rahmat Allah dan sebahagiannya masih menanti” (Al-Ahzab:23)
Rujukan:
  1. Blog Jom Naik Kapal (pautan)
  2. Laman Tarbawi (pautan)

Join 3 other subscribers